MAKLUMAT AM SEKOLAH
SEJARAH
Sekolah Kebangsaan Taman Daya (3) telah didirikan
di Jalan Sagu 36 dengan keluasan 5.5
ekar. Sekolah ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah
pihak pemaju Keck Seng Malaysia) Berhad, memberi tanah tapak sekolah ini kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kos pembinaan sekolah ini ialah RM9.240 juta.
Sekolah ini beroperasi pada 1 Jun 2001 dengan
menumpang di Blok B, di SK Taman Daya, di Jalan Sagu 36, di bawah pimpinan Puan Norsiah
binti Haji Derwish selaku Guru Besar. Dibantu oleh Penolong Kanan 1 Encik Anor
bin Hussin. Puan Fauziah binti Mamat Penolong Kanan HEM dan Encik Ahmad bin
Hassan Penolong Kanan Kokurikulum. Dengan bilangan muridnya seramai 392 orang, 22
orang guru, seorang pembantu tadbir Puan Norasyikin binti Mohd.Nor dan pembantu
am rendah.
Persatuan Ibubapa Guru SK Taman Daya 3 telah ditubuhkan oleh penaja PIBG, pada
14 Oktober 2001 dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan penduduk setempat khususnya
untuk memohon laluan masuk ke sekolah sejauh 65 meter. Akhirnya pihak pemaju
Keck Seng bersetuju untuk membuat laluan tersebut berdasarkan keputusan
mesyuarat di JPNJ pada 26 Oktober 2001.
Pada 5 Januari 2002 merupakan hari pertama sekolah
ini beroperasi secara rasminya di bangunannya sendiri. Murid-murid telah
meningkat 550 orang dan guru seramai 21 orang serta 5 orang kakitangan
sokongan.
Pada 2003, warga sekolah telah meningkat kepada 690
orang murid dan guru seramai 33 orang. Manakala bilangan bilik darjah bertambah
kepada 19 buah termasuk sebuah kelas Pra Sekolah yang baru dibuka.
Pada tahun 2004 bilangan murid bertambah 874
orang,dengan 42 orang guru dan bilangan bilik darjah meningkat kepada 25 buah
kelas. Pada tahun 2005 pula, bilangan murid di sekolah ini terus meningkat
kepada 969 orang dengan 52 orang guru. Bilangan bilik darjah juga bertambah kepada
29 buah kelas. Begitu juga pada tahun berikutnya pada tahun 2006 bilangan murid
telah meningkat kepada 1010 orang.
Pada tahun 2009 bilangan murid bertambah menjadi seramai
1240 orang, 32 kelas dan 63 orang guru serta 5 orang kakitangan sokongan di
bawah pimpinan Puan Hajah Siti Latifah binti Haji Adnan Guru Besar SK.Taman
Daya 3. Pada Julai 2010 kepimpinan sekolah diterajui oleh Encik Rosli bin Davi
selaku Guru Besar dengan dibantu Puan Faridah binti Attan sebagai Penolong
Kanan Pentadbiran, Encik Ismail bin Ithnin sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid. Pada Oktober 2010 Encik Mohd Fauzi bin Saem selaku Penolong Kanan Kokurikulum
dan Encik Mohamad Don bin Mohd Jadi sebagai Penolong Kanan Petang.
Mulai 16 Disember 2011 sekolah ini diterajui Tuan
Haji Zainuddin bin Mohd Alie menggantikan Encik Rosli bin Davi yang memulakan
tugas di PPD Papsir Gudang dengan dibantu Puan Faridah binti Attan sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Fauzi bin Saem sebagai Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid dan Encik Mohamad Don bin Mohd Jadi selaku Penolong Kanan
Kokurikulum.
SENARAI GURU BESAR
1. PUAN NOORSIHAH BINTI HAJI DERWISH (10.8.2001-16.12.2005) - Ke SK Kempas, JB
2. PUAN HAJAH LATIFAH BINTI HJ ADNAN (17.12.2005 - 10.7.2010) - Ke SK Permas Jaya, JB
3. ENCIK ROSLI BIN DAVI (11.7.2010 - 16.12.2011) - Ke PPD Pasir Gudang
4. TUAN HAJI ZAINUDDIN BIN HAJI MOHD ALIE - (17.12.2012 - Sekarang)
LAGU - BESTARI TERAS KEJAYAAN
Kami bangga di sini,
Sekolah yang dikasihi,
Belajar sesungguh hati
Berilmu dan berbakti,
SK Taman Daya 3,
Menuju era gemilang,
Guru yang berwawasan,
Ibubapa penuh harapan,
Berilmu, Berdisiplin,
”BESTARI....TERAS KEJAYAAN”
SK Taman Daya 3,
Kami ikrar berjanji,
Melakar kecemerlangan,
Akademik dan juga sukan,
Seiring kami harumkan,
(ulang semua 4 rangkap sekali lagi)
”BESTARI TERAS KEJAYAAN”
Pencipta: Zulkifli bin Ismail.
Lirik: Pn.Norsihah Hj.Derwish.
LENCANA SEKOLAH
LAMBANG
|
MAKNANYA
|
OBOR
|
1.Melambangkan
semangat daya juang yang tinggi untuk
menuju kejayaan.
2.
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3 berani
menghadapi cabaran dan teknologi pada masa akan datang.
|
ATOM
|
Melambangkan
Sains dan Teknologi.
|
Empat
Gelung Berangkai
|
Empat
rumah sukan yang terdapat di Sekolah Taman Daya 3 iaitu Merah,Biru, Kuning
dan Hijau.
|
Perisai
|
1.Semangat
perpaduan yang terjalin di antara pihak sekolah iaitu pihak
Pentadbir,Staf,Ibubapa dan murid.
2.
Menuju ke satu arah/tujuan/matlamat yang sama ke arah kejayaan.
|
Jalur
Merah Dan Biru Beralun
|
1.Kibaran
Bendera Negeri Johor Darul Takzim.
2.
Berani mengharungi cabaran yang mendatang.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan