sedang mesyuarat guru-guru jqaf di bilik mesyuarat sktd 3
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3,Jalan Enau 36, Taman Daya 81100 Johor Bahru,Johor ASSALAMUALAIKUM..... AHLAN WASAHLAN... salam ukhuwwah....
Jumaat, 15 Mac 2013
Bilik jQAF
Bilik jQAF kami memerlukan penambahbaikan lagi...memerlukan masa bersama2 rakan jqaf mengadakan gotong royong agar ada perubahan...Insyaallah akan cuba diusahakan.
Khamis, 7 Mac 2013
Penatkah Berdoa??
Kecewa?
Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi.Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
"Aku sudah penat berdoa, tetapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!"
Putus asa?
Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran:
"Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang
kamu tidak Mengetahui." (Surah al-Baqarah:ayat 216)
Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan.
Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita
berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.
Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.
Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?
Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!
Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.
Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.
petikan dari ilovislam
Latihan Nasyid
Hari Sabtu (9 Mac 2013) akan diadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah,maka guru-guru sedang sibuk melatih murid tahun 3 untuk membuat pertunjukan nasyid..Mereka dilatih hanya seminggu dengan dibantu oleh Cikgu Firdaus(guru kompang)ustazah Kartini (guru vokal)...terima kasih,syukran jazilan cikgu firdaus kerana sudi membantu kami guru-guru agama yang sememangnya tak berapa nak reti bab alat2 muzik..insyaallah murid-2 ini akan membuat persembahan yang terbaik..inilah kali pertama pertubuhan kumpulan nasyid yang tanpa minus one...diharap dapat kerjasama dari semua guru untuk memberi tunjuk ajar.
Persembahan Nasyid murid-murid tahun 3...
Langgan:
Catatan (Atom)